Minggu lepas, aku balik ke kampung disebabkan aku dah lama tak balik kampung dan sekali sekala rasa macam nak berbuka puasa bersama mak ayah, abang & akak aku kat kampung.. Jadi 1 minggu ari tu aku memang tak online disebabkan kat kampung aku tak ada internet.
Seminggu aku kat kampung agak meriah kerana mase tu abang aku bawak balik bakal akak ipar aku yang bernama Khairulnisa yang berasal dari Port Dickson. Mase tu aku 1st time jumpe bakal akak ipar aku, dan mase tu jugak ayah aku berbincangkan tarikh untuk bertunang antara abang aku ngan bakal akak ipar aku tu.
Kereta akak aku ngan bakal akak ipar aku.
Mase aku di kampung, aku rase happy sangat sebab aku dapat berbuka bersama-sama mak ayah aku 1 keluarga berkumpul termasuk orang baru yang akan menjadi salah satu daripada ahli keluarga aku nanti.
Dalam masa yang sama, aku pun sibuk jugak la mengemas halaman rumah, maklum je la halaman umah aku besa dan berumput. So aku nak kene potong rumput 1 kawasan keliling rumah aku ni. Mula-mula punye la letih sebab korang bayangkan la kawasan kampung, bapak besa… Rase macam nak ponteng je pose time tu.. Tapi disebabkan aku belum pernah ponteng pose, jadi aku teruskan semangat dan tekat aku untuk tidak ponteng puasa untuk tahun ini.
Seperti yang korang tengok gambar kat atas tu, Itu la rumah aku kat kampung. Pada asalnye aku dulu duduk di seremban. Disebabkan ayah aku dah pencen, jadi ayah aku bosan duduk dirumah dengan tak ade kerja nak buat, so ayah aku mengambil kesempatan untuk duduk di tanah pusaka mak aku di kampung iaitu di Kampung Gunung Pasir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pada mulanya aku memang taknak ikut family aku pindah ke kampung, tapi aku nak buat macam mane kan, kuasa terletak kat tangan dieorg. So aku terpaksa la ikut… Mula-mula aku memang tak suke balik kampung, yela, kat kampung aku xde ape-ape… banyak orang tua dari yang muda… bukan ade member pun kat kampung… kalau ade pun sedara-mara je la…hmmm….



