UniFi


UniFi ialah perkhidmatan serbaguna yang ditawarkan kepada para pengguna perumahan dan perniagaan melalui rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang diusahakan oleh Telekom Malaysia. Perkhidmatan ini dilancarkan pada 24 Mac 2010, dengan menawarkan khidmat Internet yang kelajuan muat turunnya melebihi Streamyx, di samping perkhidmatan IPTV dan video atas permintaan (Hypp TV), pembacaan akhbar dan majalah menerusi Internet (e-browse), dan pelan panggilan istimewa untuk para pelanggannya.

Nama “UniFi” terdiri daripada “Uni” yang bermaksud kesatuan dan persaudaraan (united), dan “Fi” yang melambangkan gentian optik (fibre-optics).

Latar belakang

Bermula sebagai TM IPTV, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) kebangsaan dilancarkan pada September 2008 dengan nilai RM11.3 bilion sebagai perjanjian PPP antara TM dan kerajaan untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan HSBB generasi akan datang. TM melaburkan RM8.9 bilion manakala kerajaan menyumbangkan RM2.4 bilion berasaskan tanggungan mengikut takat projek yang disiapkan oleh TM.

Pelancaran UniFi dijangka menghangatkan lagi persaingan dalam industri jalur lebar yang menyaksikan kemasukan syarikat baru seperti P1, di samping menzahirkan matlamat Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan yang melibatkan semua syarikat penyedia jalur lebar.

Am

UniFi menetapkan harga berlainan kepada para pelanggan mengikut jenis penggunaan (perumahan atau perniagaan) dan kadar kelajuan muat turun naik.

Ketika ini, UniFi untuk pengguna di rumah ditawarkan dalam tiga pakej berasaskan kelajuan muat turun naik maksimum, iaitu 5, 10 dan 20 megabit sesaat (Mbps), lebih mahal lebih laju, dengan had muat turun dalam kelajuan tinggi masing-masing pada 60, 90 dan 120 gigabait. Setiap pelanggan UniFi diberi IP dinamik, kemudahan WiFi, perkhidmatan televisyen berprotokol Internet (IPTV) yang berbentuk linear, interaktif dan video atas permintaan (disertakan peti penerima), akaun e-mel bermuatan 2 GB, telefon DECT dan pelan panggilan percuma ke semua talian tetap TM seluruh negara, dan kadar tetap 10 sen seminit untuk panggilan ke talian tetap bukan TM dan telefon bimbit seluruh negara.

IPTV

Berikut ialah senarai penuh saluran yang ditawarkan dalam khidmat IPTV UniFi (tepat pada April 2010):

No. Saluran Huraian
101 TV1 Saluran TV awam oleh RTM Malaysia
102 TV2 Saluran TV awam oleh RTM Malaysia
103 TV3 Saluran TV swasta Malaysia
107 ntv7 Saluran TV swasta Malaysia
108 8TV Saluran TV swasta Malaysia
109 TV9 Saluran TV swasta Malaysia
110 Hikmah Saluran agama Islam dari Malaysia
120 Bernama TV Saluran berita milik Bernama dari Malaysia
121 DW-TV Asia+ Saluran antarabangsa dari Jerman
122 Channel News Asia Saluran berita kendalian MediaCorp dari Singapura
123 Euronews Saluran berita dari Perancis
124 Australia Network Saluran antarabangsa dari Australia
130 CBeebies Saluran kanak-kanak kendalian BBC
140 BBC Lifestyle Saluran dokumentari gaya hidup kendalian BBC
141 BBC Knowledge Saluran dokumentari ilmu pengetahuan kendalian BBC
143 Fashion TV HD Saluran fesyen antarabangsa
144 LUXE.TV HD Saluran barangan mewah antarabangsa
145 Travel Channel Saluran percutian antarabangsa
150 STAR Chinese Channel Saluran hiburan berbahasa Cina
151 STAR Chinese Movies 2 Saluran filem berbahasa Cina
152 Channel [V] Taiwan Saluran muzik berbahasa Cina
Related Posts with Thumbnails

, , , , , , , ,

  1. #1 by toistitHisy on November 18, 2010 - 7:04 PM

    Thanks for your post and information ((o;





(will not be published)

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:

This site is protected by WP-CopyRightPro